Petua amalan ibubapa untuk anak yang menduduki peperiksaan…


Semalam NM dah kongsikan tips dan amalan untuk calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan. Hari ni NM nak kongsi petua yang boleh diamalkan oleh ibubapa untuk memudahkan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan menjawap soalan-soalan dengan tenang…

Caranya dengan mengumpulkan alat-alat tulis yang bakal digunakan oleh anak-anak semasa peperiksaan. Dalam keadaan berwuduk, genggamlah alat-alat tulis itu kemudian amalkan bacaan-bacaan berikut :

1 :: Al-Fatihah (7 kali)

2 :: Selawat (7 kali)

3 :: Subhanallah (44 kali)

4 :: Alhamdulillah (44 kali)

5 :: Allah hu Akbar (44 kali)

6 :: Ya Hayyu Ya Qayyum (21 kali)

7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…

Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu. Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah…

Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya-ALLAH dipermudahkan anak-anak itu menghadapi peperiksaan…

About these ads