Siapa yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia


Semua mesti dah tahu kan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 untuk setiap keluarga yang pendapatan isi rumah kasar RM3,000 dan ke bawah. Tapi NM rasa tak semua yang dah jelas sangat tentang camana nak memohon BR1M ni… betulTak?… ^_^

Syarat-syarat memohon

1 :: Korang kenalah menjadi ketua keluarga, tak kiralah lelaki atau wanita, yang penting korang ada tanggungan dalam keluarga.
2 :: Pendapatan isi rumah yang dikira dari pendapatan korang dan ahli keluarga yang dah berkerja, bila dah dicampurkan tak sampai RM3,000.

Siapa (ketua keluarga) yang layak memohon?

1 :: Individu yang telah berkahwin.
2 :: Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
3 :: Bujang yang mempunyai tanggungan.
4 :: Warga emas (60 tahun ke atas) yang hidup sebatang kara.

PERHATIAN ! !

Individu yang telah berkahwin tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah yang berlainan.

Dimana nak dapatkan borang permohonan BR1M?

1 :: Jabatan Pembangunan Persekutuan.
2 :: Jabatan Penerangan Malaysia.
3 :: Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
4 :: Akhbar Tempatan.
5 :: Kaunter-kaunter pendaftaran yang akan dibuka di sekolah terpilih, dewan komuniti dan dewan orang ramai terpilih.
6 :: Laman web rasmi Perbendaharaan Malaysia. (bermula 12 Disember 2011)

Dokumen yang perlu?

1 :: Salinan kad pengenalan pemohon.
2 :: Salinan slip gaji (jika perlu)
3 :: Salinan kad pengenalan atau dokumen kelahiran tanggungan. (yang ni tidak dinyatakan, tapi NM rasa lebih baik korang sediakan je)

Nak hantar kat mana borang permohonan BR1M yang dah lengkap diisi?

1 :: Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri.
2 :: Jabatan Penerangan.
3 :: Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Tempoh permohonan :: 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012

Talian Hotline BR1M 1-800-222-500 (waktu pejabat sahaja)

Kepada yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ni, segeralah buat permohonan, k… Semoga berjaya… ^^v