Solat sunat gerhana bulan dan gerhana matahari


Ketika berlakunya gerhana bulan atau matahari, Solat Kusuf (gerhana matahari) dan Solat Khusuf (gerhana bulan) sangat-sangat digalakkan kerana hukumnya adalah sunat muakkadah.

Pengertian lafaz niat solat Kusuf/Khusuf ::
“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari/bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat Pertama
01 :: Niat Solat Gerhana, Takbiratul Ihram
02 :: Membaca doa iftitah
03 :: Membaca Ta’awudz
04 :: Membaca surah Al-Fatihah
05 :: Membaca mana-mana surah (lebih afdal surah Al-Baqarah)
06 :: Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira membaca 100 ayat)
07 :: Iktidal
08 :: Membaca surah Al-Fatihah
09 :: Membaca mana-mana surah (lebih afdal surah Ali-Imran)
10 :: Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira membaca 90 ayat)
11 :: Iktidal
12 :: Sujud dan membaca tasbih
13 :: Duduk antara dua sujud
14 :: Sujud
15 :: Berdiri ke rakaat kedua

Rakaat Kedua
01 :: Membaca surah Al-Fatihah
02 :: Membaca mana-mana surah (lebih afdal surah An-Nisa)
03 :: Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira membaca 70 ayat)
04 :: Iktidal
05 :: Membaca surah Al-Fatihah
06 :: Membaca mana-mana surah (lebih afdal surah Al-Maidah)
07 :: Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira membaca 50 ayat)
08 :: Iktidal
09 :: Sujud dan membaca tasbih
10 :: Duduk antara dua sujud
11 :: Sujud
12 :: Membaca Tasyahud Akhir
13 :: Memberi Salam.

sumber :: http://www.islamweb.net

About these ads