Bayi bermuka dua dilahirkan di Pakistan…


Bayi istimewa yang dilahirkan oleh seorang ibu berusia 30 tahun, Syahidah Perveen, jumaat lepas dengan dua pasang mata, sepasang hidung, sepasang mulut dan sepasang telinga menggemparkan bumi Pakistan. Selepas kelahirannya mendapat liputan media tempatan, beratus-ratus orang berkumpul di hadapan Jabatan Ginekologi sebuah hospital di pakistan untuk melihat kelahiran istimewa ini…

Menurut Doktor Ahmed yang merawat bayi ini, kelainan ini dinamakan dengan istilah Craniofacial, terjadi kerana masalah genetik yang disebabkan oleh pernikahan pasangan yang masih mempunyai pertalian darah. Beliau juga menyarankan agar pasangan bernikah yang mempunyai pertalian darah, mendapatkan nasihat doktor sebelum merancang untuk mempunyai anak…

(dipetik & diedit dari blog seorang rakan)