Punca sakit belakang


Pernah tak korang rasa sakit pinggang selepas duduk berjam-jam melayan Facebook, Twitter, menghadap skrin komputer nak menyiapkan blog korang… Sakit pinggang (bukan sakit buah pinggang) adalah salah satu simptom yang korang sebenarnya tengah sakit belakang… hahaha… ^_^

Banyak sebab yang telah dikenalpasti menjadi punca sakit belakang ni, antaranya :-

Postur badan yang tak betul ::
Sakit belakang boleh terjadi jika korang selalu berjalan, duduk atau berdiri seperti orang malas. Tabiat ni akan menyebabkan otot tegang dan kaku. Efeknya sakit pada bahagian belakang, leher dan turut berasa lesu.

Kurang senaman ::
Otot yang menyokong tulang belakang perlu dilatih dengan senaman dan regangan agar kekuatan otot itu dapat dikekalkan.

Kegemukan ::
Perut yang besar atau buncit akan memberikan beban kepada tulang belakang dan menegangkan abdomen korang. Sebab tu biasa kita dengar ibu-ibu mengandung mengadu sakit belakang.

Tersalah urat belakang ::
Ini boleh terjadi sekiranya korang membuat sesuatu dengan cara dan postur yang salah, perbuatan ni akan menegangkan atau mengoyakkan otot bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai, mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat beban dengan cara yang salah.

Piring ruas tulang belakang tergelincir ::
Kadangkala piring/cakera ruas tulang belakang tergelincir dari kedudukan asalnya dan akan menekan saraf di belakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di bahagian belakang sehingga ke kaki.

Dinasihatkan korang untuk mendapatkan rawatan doktor dengan segera jika berasa sakit belakang. Tak usah nak urut-urut, karang bukannya naksembuh. Siapa nak jawab kalau korang tak dapat nak gerak, duduk wilcha je mcm usop… hehe… ~_^