Ayah… boleh tak adik pinjam 10 ringgit?


Seorang ayah pulang kerumah dalam keadaan letih, disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya si anak itu bertanya kepada si ayah…

Anak :: Ayah… ayah… boleh adik tanya satu soalan?
Ayah :: Hmm… nak tanya apa?
Anak :: Ayah… berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah :: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? (tengking ayah)
Anak :: Adik saja nak tahu… ayah… tolonglah beritahu adik, berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? (rayu si anak)
Ayah :: 20 ringgit sejam… (jerkah ayah)
Anak :: Oh… 20 ringgit… erm, ayah… boleh tak pinjamkan adik 10 ringgit?

Si ayah mula berang…

Ayah :: Oh! Itu sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit itu? Nak beli mainan lagi? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu tahu nak membazir je… sudah! Pergi masuk bilik… tidur!

Si anak terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit…

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir mungkin anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Ternyata si anak masih belum tidur. Ayah datang rapat dan duduk di katil si anak…

Ayah :: Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah… ambil ni. (sambil mengeluarkan sekeping wang 10 ringgit)
Anak :: Terima kasih ayah! (tersenyum girang dan menyambut wang 10 ringgit yang dihulurkan)

Lalu si anak mengangkat bantalnya dan mengeluarkan beberapa keping wang seringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.

Bila ternampak wang itu, si ayah kembali berang…

Ayah .: Kenapa kamu minta dari ayah lagi? Sedangkan kamu dah ada wang sebanyak itu… dari mana kamu dapat wang itu? (bentak si ayah)

Sambil mengenggam kemas wang itu, si anak berkata…

Anak :: Wang ni adik kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari… adik minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab adik tak cukup duit… tapi sekarang adik dah ada 20 ringgit… dan duit ini adik nak guna untuk beli sejam dari masa ayah di pejabat… adik nak ayah balik kerja awal esok… adik rindu nak makan malam dengan ayah…

Si anak menghulurkan wang 20 ringgit kepada ayah… tapi ayah menepis tangan si anak dan memeluknya…

Ayah :: Maafkan ayah…

Airmata tergenang di mata ayah…