7 sikap menjamin kebahagiaan dalam perhubungan…


1 :: KEJUJURAN
Alangkah bermaknanya hidup ini, jika kita mampu untuk saling jujur. Tanpa pembohongan dan kepalsuan, dan akhirnya kita pelajari bagaimana menghargai dan menerima perbezaan antara satu sama lain. Bukannya bercinta untuk jujur, tetapi jujur untuk bercinta. Kejujuran yang wujud itu haruslah juga berlandaskan KEIKHLASAN.

2 :: KETERBUKAAN
Untuk menjaga sesuatu hubungan kita harus punya sikap keterbukaan terhadap pasangan. Boleh menerima walau apa pun baik dan buruk. Dan sentiasa bersikap positif dalam apa pun keadaan yang datang menguji hubungan itu.

3 :: MEMBERI PERHATIAN
Betapa indahnya hidup dan sesuatu perhubungan itu bila kita saling memberi perhatian antara satu sama lain. Cubalah menjadi penghibur pada pasangan kita.

4 :: SALING MEMAHAMI
Jika kita saling memahami maka kita dapat mengelakkan perselisihan yang disebabkan oleh kekurangan dan kesilapan pasangan kita. Dengan ini kita dapat lebih berhati-hati dan rasional serta cuba untuk tidak melukai satu sama lain.

5 :: KEPERCAYAAN
Kebahagiaan hidup bersama pasangan boleh tercapai bila wujudnya sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Tanpa rasa percaya, kita pasti tidak akan merasa ketenangan jiwa kerana selalu berprasangka buruk terhadap pasangan. Tanpa kepercayaan, perasaan cemburu pasti bertandang dan jika berterusan bakal meretakkan hubungan yang terbina

6 :: KESETIAAN
Kesetiaan bukan hanya perlu wujud disaat kita sedang bersuka dengang pasangan, ia juga seharusnya ada disaat berduka. Walau mungkin harus menelan sepahit hempedu, tunjukkan sikap dan buatlah perkara yang menunjukkan sifat kesetiaan pada pasangan. Kekal setia walau hubungan dengan pasangan sedang diuji dengan masalah, janganlah cuba untuk berlaku tidak setia kerana itu hanya akan memburukkan keadaan dan meletakkan kita dalam keadaan tersepit.

7 :: BERSERAH PADA TAKDIR & JODOH
Ini mungkin tidak boleh dikategorikan sebagai sikap. Namun ia masih harus tetap ada dalam diri kita sebagai sesuatu yang boleh memotivasikan diri kita sekiranya berlaku sesuatu tidak diingini dalam perhubungan. Berdoa dan bertawakal. Bermohon agar dipermudahkan perhubungan itu jika mereka adalah pasangan yang diredhai dan diberkati buat kita…