Facebook kills relationship…


Nazim kerap mendengarkan ayat ni “Facebook kills relationship”… Betul ke? Sejauh mana kebenaran ayat ni? Nazim tak boleh nak mengiyakan 100%… Namun mungkin ada benarnya bila kita selalu melihat di dada akhbar tentang kes anak hilang lari dari rumah bersama kenalan dari Facebook… Hurm… Nampaknya Facebook did kills family relationship…

Bagaimana pula dengan kes cerai berai, putus tunang, putus hubungan dengan pasangan sebenar gara-gara leka dan terbawa-bawa ketagihan facebook… Lebih teruk bila ada yang lebih akrab, lebih melayan dan lebih mengutamakan rakan facebook berbanding dengan pasangan realiti mereka, sehingga pasangan realiti merasa tak wujud & tersisih…

Siapa yang harus dipersalahkan? Facebook ka?

Facebook hanyalah sebuah dunia maya. Platfom yang dihasilkan untuk korang berkongsi pendapat, informasi atau cerita. Dari mana cerita tu diperolehi? Sudah tentu dari dunia yang nyata, kan? Tanpa dunia yang nyata, tak ada benda yang korang nak buat pun kat dunia maya tu… Hehe… ~_^

Ini hanyalah pendapat Nazim, terpulang kepada individu untuk menilai… Facebook tidak harus dipersalahkan, cuma kita yang menggunakannya yang harus menilai mana yang nyata dan mana yang fantasi… Jangan kerana terlalu leka dan obses dengan dunia maya sehinggakan korang kehilangan orang yang disayangi… Kepada pasangan yang sedang ber-relationship di dunia nyata tu, berpada-pada la ye. Siapa nak jawab kalau tiba-tiba dia beralih hati? ^^v