Panggilan telefon bimbit pertama di dunia…


Telefon bimbit adalah sebuah gajet yang sangat sinonim dengan masyarakat masa kini. Boleh dikatakan setiap orang pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit. Budak sekolah umur 10 tahun pun dah ada telefon bimbit sendiri. Masa umur 8 tahun pun Nazim dah guna telefon bimbit, lebih canggih dari yang ada sekarang, sebab Nazim boleh minum dari telefon bimbit tu… hehe… ~_^

Evolusi telefon bimbit dari yang sebesar dan sekeras baling anjing pun boleh mati, hingga lah sekarang sekecil dan seringan letak kat poket pun korang tak perasaan ada bawa, serta menjadi gajet pelbagai fungsi.
Tapi tahu tak korang bila panggilan pertama menggunakan telefon bimbit dilakukan? Hari ni nak kongsikan info ni dengan korang…

Panggilan pertama menggunakan telefon bimbit dibuat pada 3 april 1975, kira-kira 38 tahun yang lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar New York, Amerika Syarikat (AS).

Cooper pada ketika itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang heran dan kagum melihat gajet itu.

Menurut Cooper yang kini berusia 82 tahun, orang pertama yang dihubunginya ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang merupakan saingannya, sebelum menghubungi wartawan beberapa wartawan.

Cooper menghubungi Engel untuk memberitahu yang mereka telah berjaya mengatasi Bell dalam perlumbaan menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia.

Telefon Motorola Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram mula berada dalam pasaran beberapa tahun kemudian, iaitu pada tahun 1983. Dan dijual pada harga mencecah AS&3,500 (RM10,952).