Penduduk dunia kini mencecah 7Billion…


Wah! Bertambah lagi penduduk bumi ni… Tak sangka sekarang dah mencecah 7Billion, semakin tenatlah dunia ni nak menanggung manusia yang semakin ramai ni…

Bayi Filipina menjadi penduduk dunia yang ke 7Billion

Tarikh 31 Oktober 2011 menjadi tarikh bersejarah dengan kelahiran seorang bayi di Filipina sebagai penduduk dunia yang ke 7Billion. Kelahirannya mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa. Danica Camacho, bayi perempuan yang dilahirkan di hospital bersalin Fabella Manila, dihadiahkan sepasang kasut dan sebiji kek yang tertulis 7B oleh kakitangan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) sebagi simbolik kelahiran “Bayi ke 7Billion”.

Mengikut unjuran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan peristiwa global ini membentangkan kedua-dua peluang dan cabaran pada planet bumi ini. Walaupun lebih ramai yang akan hidup lama dengan kehidupan yang lebih sihat, jurang antara kaya dan miskin akan terus melebar dan lebih ramai yang akan terdedah pada masalah kekurangan makanan dan bekalan air

(dipetik & disunting dari sumber : http://www.orangmuo.com)