Rahsia sikap mengikut bulan kelahiran…


Setiap individu punya sikap yang berbeza dan seharusnya kita cuba memahami dan menerima setiap perbezaan itu demi menjaga hubungan baik sesama manusia. Disini Nazim kongsikan rahsia sikap individu mengikut bulan kelahiran masing-masing. Korang boleh la menyemak ciri-ciri ini dan dijadikan pengetahuan untuk mengenali sahabat dan sebagai muhasabah diri sendiri. Namun ini bukanlah ramalan atau tilikan, melainkan sekadar kajian dari pemerhatian. Sekiranya benar, mungkin ianya hanya secara kebetulan sahaja.

(berdasarkan kajian Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah)

JANUARI ::
Bercita-cita tinggi dan orangnya agak serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali jika telah diransang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI ::
Berfikiran abstrak. Suka perkara yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar. Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya sangat mudah terluka dan sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang seni. Sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran. Cenderung kepada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Harus belajar untuk mempamerkan emosinya.

MAC ::
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat pada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdemdam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka perhiasan rumahtangga. Berbakat dalam bidang seni muzik. Kecendurangan terhadap perkara istimewa dan baik. Harus belajar agar tidak terlalu mengikut selera dan perasaan.

APRIL ::
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan, tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal emosi, kecenderungan untuk bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit di sekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI ::
Keras hati dan degil. Kuat semangat dan bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah jika tidak dikawal. Pandai menarik hati dan perhatian orang lain. Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental dan fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu. Daya khayalan yang tinggi. Pandai berdebat. Fizikal yang baik namun punya kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni dan muzik serta suka melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN ::
Berfikiran jauh dan berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah emosi, sikap, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak dikepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (kuat berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik. Cepat marah dan cepat sejuk. Suka bercakap dan berdebat. Suka buat lawak dan bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan dan pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat berasa bosan. Sikap terlalu memilih dan cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat sembuh apabila terluka hati. Suka barang berjenama. Sesuai menjadi eksekutif. Kedegilan yang sukar dikawal. Siapa yang memuji dianggap musuh, siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI ::
Sangat suka didampingi. Banyak berahsia dan sukar dimengerti, terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali diransang. Ada harga diri dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam dan sangat mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka remeh temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa dan kawan lama. Suka berdiam diri. Suka duduk dirumah. Suka tunggu kawan tapi tidak mencari kawan. Tidak agresif kecuali keadaan memaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk jika tidak mengawal diet. Minta disayangi. Mudah teluka hati dan lambat pulih. Rajin bekerja.

OGOS ::
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat pada orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah dan bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah dan mudah mengamuk. Mudah bila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam dan teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin dan dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan seni pertahanan diri. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang, punya sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan.

SEPTEMBER ::
Sangat bersopan santun dan bertolak ansur. Sangat cermat, teliti dan teratur. Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik. Pendiam tapi bijak bila bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati. Sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Rasa sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Otak bijak dan mudah belajar. Suka mencari maklumat. Harus mengawal diri dari mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan dan melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Luka dihatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Suka benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER ::
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jalan tengah. Sangat menawan dan sopan santun. Kecantikan luar dan dalam. Tidak pandai berbohong dan tidak suka berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Suka berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka menerima pandangan orang lain. Emosi yang cepat terusik. Suka berangan dan pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera dan seni. Pengasih, penyayang dan lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat.

NOVEMBER ::
Banyak idea dalam perkara. Sukar dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil pada orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian, namun suka dipuji. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi bila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa dan menarik. Selalu tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, namun punya kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan suka berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER ::
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan mudah bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat orang ketawa dan berfikiran logik.