Ni lah sikap orang kita sekarang ni. Penyakit yang malar hijau dari dulu sampai sekarang tak pernahnya hilang. Erm, nak kira sebagai apa ni? Hobi? Yelah, hobi kot… Dah suka nak cari masalah. Senang-senang hidup nak disusahkan. Dah tertonggeng, terbongkang, tersembam jatuh baru nak terngadah. Lepas tu tuding sana sini… Semua benda pun nak disalahkan, takdir juga yang jadi mangsa…

Sebenarnya masalah tak kan datang kalau tidak kita yang mengundangnya. Masalah boleh dihindari, petuanya mudah – “Jangan cari pasal”… Senangkan kalau nak mengelak dari masalah.. Hehe.. ~_^

Setiap perkataan, perbuatan dan tindakan kita harus kita fikirkan sebelum melakukannya. Fikirkan dua kali, kalau rasa tak cukup fikirlah beberapa puluh kali lagi… Kerana setiap apa yang kita lakukan tu pasti ada akibatnya, samada akibat yang baik atau akibat yang menjahanamkan korang.

Tapi memang lah masalah ni dah sinonim dengan kehidupan kita. Siapa kat dunia ni yang tak pernah dilanda masalah. Kan? ^_^
Masalah ni hanya ujian dan cabaran hidup. Bukan untuk menjatuhkan, tapi untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat, tabah dan berguna. Yang menjadikan kita tak berguna tu bila dilanda masalah, da settle kata orang putih, lepas tu kita buat lagi masalah yang sama.

“Wei! Tak bestlah masalah tu… Tak usah la nak buat siaran ulangan”

Malaslah nak cakap banyak-banyak lagi, ni dah tulis entri ni pun ada akibat juga ni… Mengundang masalah juga ni kalau ada yang tak puas hati… hehe…

But the main point is… Bila kita dilanda masalah, jangan mudah untuk kita mengalah, kerana masalah yang datang hari ini hanyalah sebahagian kecil dari masalah dan cabaran hidup yang bakal kita lalui di kemudian hari.
Melarikan diri bukan pilihan terbaik. Hadapi masalah tu dengan tenang, fikirkan punca, muhasabahkan diri. Terima dengan redha, dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan.