Fadhilat ibadah korban…


Ibadah korban yang dilaksanakan pada Aidiladha dan hari tasrik itu adalah berkenaan dengan kisah Nabi Ibrahim A.S yang didatangkan perintah melalui mimpi agar menyembelih puteranya Ismail. Namun ketika perintah itu bakal dilaksanakan, tatkala pisau tajam sudah terletak di atas leher Ismail, tatkala Nabi Ibrahim A.S dan puteranya Ismail redha pada perintah itu, Allah S.W.T menggantikan tempat Ismail yang sepatutnya disembelih dengan seekor kibas yang besar lagi sihat… Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahawa aku (diperintahkan) menyembelihmu. Maka fikirkanlah apakah pendapatmu”. Ismail menjawab, “Hai ayahku. Kerjakanlah apa yang diperintahkan keatasmu itu. Insya-ALLAH, ayah akan mendapati aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar”. Tatkala kedua-duanya telah berserah diri, dan Nabi Ibrahim A.S membaringkan anaknya Ismail atas pelipis. (terdengar suara panggilan) dan Kami panggillah dia, “Hai Ibrahim. Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu (telah melaksanakan perintah). Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang telah berbuat baik. Sesungguhnya ini adalah benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar. Kami abadikan (kisah ini) untuk Ibrahim (pujian yang baik) dikalangan orang-orang yang datang kemudian. ‘Salam Sejahtera Bagi Ibrahim’.”

Melaksanakan ibadah korban amat digalakkan dalam Islam, kerana fadhilat di sebaliknya amat besar.

Dari Hadis Riwayat Tirmidzi. Aisyah meriwayatkan, Nabi S.A:W telah bersabda ::

“Tidak ada amal yang dilakukan anak Adam pada Hari Nahr yang lebih dicintai Allah, selain mengalirkan darah (haiwan ternakan). Dan haiwan itu nanti pada hari kiamat akan datang (menemui orang melaksanakan korban), lengkap dengan tanduk, kuku dan sepatunya. Dan sesungguhnya darah diterima Allah, sebelum darah itu jatuh ke tanah. Kerana itu, lakukan korban itu dengan seikhlas mungkin.”

Jelaslah haiwan korban itu nanti di akhirat menjadi kenderaan ke syurga. Itulah fadhilat korban di akhirat nanti. Di dunia, memberikan daging sembelihan korban pada golongan fakir miskin menjadi pahala sedekah.

sumber :: Halaqah