Sinopsis drama Slot Akasia :: Tentang Dhia


Tentang Dhia, ni tajuk drama bersiri terbaru untuk Slot Akasia TV3. Menggantikan drama bersiri Soffiyah yang dah hampir ke penghujungnya. Tentang Dhia akan mula bersiaran pada 09 November 2011. Masa? Aik, macam biasalah. Slot Akasia kan setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.00 – 8.00 malam… hehe… ~_^

Tengok dari iklan, cerita ni nampak cam best je… NM yakin ceta ni mesti akan ada ramai pengikutnya nanti… ^^v Ok, NM kongsikan sedikit gambaran jalan cerita drama Tentang Dhia ni…

Sinopsis drama Tentang Dhia ::

Dhia (Nora Danish) seorang gadis kampung yang cantik bertudung dan periang. Azmi (Ako Mustapha) pula adalah tunangan Dhia, yang merupakan cucu kepada Imam kampung dan bekerja sebagai seorang kerani. Raffi (Irfan Roslan) adalah teman rapat Dhia, dan turut menaruh hati kepada Dhia namun Dhia lebih memilih Azmi.

Kisah sedih dan krisis dalam drama ni bermula bila Melly (Izreen Azminda) cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk. Melly kemudiannya mengandung tapi Raffi tidak mahu bertanggungjawab malah melarikan diri ke luar negara (tak tahu la pula sebab apa). Risau dengan kandungannya, Melly kemudian mencari sasaran lain dan Azmi menjadi mangsanya. Azmi diperdaya sehingga mereka berdua ditangkap khalwat dan terpaksa bernikah.

Dhia merasa sangat terpukul dengan kejadian itu (dah tentulah sedih kan), namun Dhia masih terus cuba tabah dengan ketentuan itu dan meneruskan hidup. Ketika inilah munculnya Zikir (Ady Putra), seorang arkitek yang berasal dari Kuala Lumpur. Zikir datang ke kampung Dhia untuk menziarahi majlis pengebumian rakannya. Dhia adalah cinta pandang pertama Zikir.

Jeng! Jeng! Jeng!

Apa yang jadi lepas ni?
Agak-agak dapat tak Zikir memenangi hati Dhia?

Hurm… cerita ni nanti mesti banyak konflik kan… agak-agak korang geram tak nanti? Hehe… Apa-apa pun, kita tengok je lah cerita ni nanti di Slot Akasia, setiap Isnin – Khamis, jam 7 malam, bermula 09 November 2011