Cintailah cintanya…


Wahai sahabat…
Cinta sejati itu bukanlah dari mata turun ke hati…
Melainkan dari hati naik ke mata…
Kerana hati yang mengawal mata, dan bukan mata mengawal hati…
Masakan raja dikawal rakyat…

Wahai sahabat…
Dikahwini perempuan itu atas empat perkara…
Harta, keturunan, rupa dan agama…
Kahwinilah dia atas dasar agama…
Nescaya kamu beroleh kebahagiaan…

Wahai sahabat…
Cintailah sesuatu itu sekadar sahaja…
Kerna mungkin ia menjadi kebencian mu suatu ketika nanti…
Bencilah sesuatu itu sekadar sahaja…
Kerna mungkin ia menjadi kecintaan mu suatu ketika nanti…

Wahai sahabat…
Cintailah sesiapa sahaja…
Asal cintanya wadah ALLAH…
Hati tidak resah…
Jiwa tidak gelisah…
Jauh terhubung rindu…
Dekat terikat padu…

Wahai sahabat…
Mencintai seseorang biarlah kerana ALLAH…
Kerna cinta DIA cinta yang hakiki…
Cintailah ALLAH yang maha mencintai…

Wahai sahabat…
Janganlah kita mencintai orang lain…
Sebelum kita mencintai diri…
Dan kita tidak mampu mencintai diri…
Sebelum diri mencintai ALLAH…
Sesungguhnya hati, milik ALLAH jua…
Kerna DIA-lah pencipta segala hati…

Wahai sahabat…
Tidak perlu bersentuhan tangan…
Kerna telah bersentuhan hati…
Tidak perlu berbalas rasa…
Kerna telah berbalas doa…
Semoga menjadi yang halal berkasih sayang pada jalan ILAHI…

Wahai sahabat…
Denai, langit dan gunung…
Umpana cubitan kasih pada suatu kealpaan…
Pada limpahan nikmat selaut indah…
Kemana tumpahnya munajat seraut sembah?
Sekian lama melihat alam penuh teratur…
Mengapa lupa untuk bersyukur?

Wahai sahabat…
Seringkali kita memburu nikmat…
Ingatkah kita pada Pemberi nikmat?
Cintailah pada yang memberi nikmat…
Bukan cintai nikmat yang diberikan…

Wahai sahabat…
Ingatlah dikau suatu perkara…
Hidup tanpa cinta…
Umpama hidup tanpa cita-cita…
Biar cinta itu bertali cita-cita…
Biar cita-cita bersulam cinta…

Wahai sahabat…
Tidak dijadikan manusia itu hodoh…
Dijadikan manusia itu cantik berbeza-beza…
Maka jangan engkau meninggi diri pada rupa paras…
Kerana cantik itu pada akhlaknya…

Wahai sahabat…
Sesungguhnya wanita bertaqwa itu…
Terletak padanya keindahan dan kebenaran…
Kekayaan pada lapangnya hati…
Rupawan pada indahnya budi…
Bangsawan pada kerendahan diri…
Yang sering sujud di tapak ILAHI…

Wahai sahabat…
Sesungguhnya lelaki bertaqwa itu…
Terletak padanya tanggung dan jawab…
Membimbing pada yang rusuknya…
Tampan pada lahir budinya…
Megah pada kerendahan diri…
Yang sering sujud di tapak ILAHI…

Wahai sahabatku…
Yang tidak pecah dipukul arus kehidupan…
Cintailah seseorang itu…
Jika falsafah pandangan hidupnya…
Sesuai dengan kamu… cintailah Cinta-NYA…