Tips menyayangi seseorang…


1 :: Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2 :: Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat lebih kurang 7 billion manusia dengan 7 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali memaksa mengubah apa-apa tentang dirinya. Tentu kamu masih ingat, kamu terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kamu mengubah dia menjadi seseorang yang lain.

3 :: Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia sedang berkorban untuk kamu. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih baik. Tapi demi cinta, dia telah memilih kamu. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4 :: Hormati pendirian dan keputusannya. Jangan kamu merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta kamu, kelak yang kamu akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5 :: Yakinkan diri kamu akan keistimewaan dirinya. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia, kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak kamu mula terpikat padanya.

6 :: Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kamu akan sentiasa meletakkan diri kamu ditempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7 :: Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya, kerana mungkin perhubungan kamu berakhir keesokkan harinya. Tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua.

8 :: Bercinta dengannya adalah seperti memberi hati kamu kepadanya untuk dilukai, tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9 :: Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis dan kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati perlahan-lahan.

10 :: Jangan cepat berbangga dengan diri kamu. Memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak, tetapi anugerah itu hanya layak kamu perolehi setelah kamu berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih kamu kerana dia percaya bahawa kamu akan jujur dan menepati janji. Kamu telah bersusah payah untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah kamu berusaha untuk terus mencintai dirinya dengan apa keadaan sekalipun…

sumber :: UpToMu