Alamak… Toyol!


Hah! Toyol masuk panggung!! Habis la korang kena curi duit dengan toyol tu nanti… Dengar-dengar dalam tempoh 5 hari toyol ni masuk panggung, dia da berjaya ‘curi’ duit sebanyak hampir RM2.2 juta… Wow! Maju bisnes toyol ni… Mesti bapa toyol (uncle David Teoh) tersenyum gembira dengan kejayaan ‘anaknya’… kan? hehe… ~_^

Ok filem Alamak Toyol! ni, kisah tentang dua orang perompak yang tak pernah berjaya melakukan rompakan. Dah serik gagal, jadi diorang pun carilah jalan alternatif untuk menjadi duo perompak berjaya dalam bidang rompak-merompak. Dipendekkan cerita, mereka ni pun pergilah mendapatkan seekor toyol untuk dijadikan ‘anak angkat’. Lepas dah dapatkan toyol tu diorang tak jadi duo perompak dah(“sudah tukarlah sekarang?” kata Sathiya), jadi trio perompak… Erm,berjaya tak berjaya diorang ni? NM pun tak tahu… sebab NM tak tengok lagi… hehe… ^^v