Hidup daif bukan alasan untuk tidak berjaya…


NM kagum dengan semangat Haslea Sabin, 26, Pelajar terbaik Institut Kraf Negara (IKN), yang berasal dari Kota Belud, Sabah. Dalam kegembiraan pelajar lain meraihkan majlis konvokesyen bersama keluarga masing-masing, beliau meraihkannya berseorangan tanpa kehadiran keluarga disebabkan masalah kewangan. Namun beliau faham dan akur dengan keadaan itu, dimana keluarga harus berjimat untuk menanggung 2 lagi adiknya yang sedang bersekolah.

Kedaifan keluarga menjadi dorongan buat Haslea melakukan yang terbaik dalam pelajarannya, disamping minat terhadap seni kraf. Ini yang sepatutnya kita contohi, jangan jadikan alasan kedaifan keluarga untuk kita berhenti menimba ilmu. Kerana ilmu itu harta paling berharga dalam kehidupan kita.

sumber :: Harian Metro, 10 November 2011