Remaja mengamuk gara-gara suis komputer ditutup…


Hurm… Apa nak jadilah dengan masyarakat sekarang ni… Terlalu obses dengan kemodenan sampai lupa pada nilai-nilai murni kehidupan…

Ini perkara yang benar-benar terjadi di Batu 4, Jalan Gombak, Setapak, Kuala Lumpur, tengan malam semalam. Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bertindak di luar jangkaan apabila neneknya secara tak sengaja tertekan dan mematikan suis komputer ketika remaja terbabit sedang asyik bermain permainan komputer… Tak cukup dengan menengking dan bertengkar dengan neneknya, remaja itu turut cuba untuk menetak bapa saudaranya dengan parang…

sumber :: Harian Metro, 10 November 2011