9 ciri pada wanita yang menjadi perhatian lelaki…


NM kongsikan disini antara ciri-ciri pada wanita yang menjadi perhatian lelaki. NM tidak pasti sejauh mana kebenarannya, tetapi juga mungkin… kan? ~_^

Mungkin wanita diluar sana, ada yang punya kesemua ciri ini, atau mungkin punya sekurang-kurangnya salah satu dari 9 ciri ni… Syukur…

Tapi bagaimana dengan mereka yang mungkin langsung tak punya mana-mana antara 9 ciri ni? Jangan risau, mungkin korang boleh cuba untuk memupuk mana-mana ciri ni secara perlahan-lahan…

Ingat! Tak sesiapa yang benar-benar sempurna dalam dunia ni… Kesempurnaan itu bukan bakat semulajadi, tetapi kesempurnaan itu datang dari kesilapan atau kekurangan yang kita perbaiki…

Teruskan membaca… ^^v

1 :: SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2 :: KEANAK-ANAKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka merasa terhibur dengan keletah si wanita, tentulah bukan sifat keanak-anakan yang melampau dan menyakitkan hati, tetapi sifat keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian si lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 :: PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4 :: MENGHARGAI
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 :: MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 :: PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut harus bijak mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi juga dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta menjadikan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7 :: PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan dir. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 :: MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendir mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 :: SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalam dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

sumber :: UpToMu