Tarikh istimewa 11.11.11


11 November 2011… Erm, ramai yang menantikan tarikh ni. Tarikh yang menurut ramai orang sebagai tarikh yang istimewa. Bertuahlah pasangan suami isteri yang sedang menunggu kelahiran orang baru sekiranya anak itu lahir pada tanggal 11/11/11… Tak kurang juga pasangan sedang bercinta yang bercadang untuk mengikat tali pertunangan pada tarikh istimewa ni. Dan pasangan yang dah bertunang pula memilih tarikh ni untuk melangsungkan perkahwinan… Syukur Alhamdulillah… Tahniah!… ^_^

Tapi betul istimewa ka tarikh ni?

Kalau menurut NM, IYA!… Ini memang tarikh yang istimewa… Sebabnya, kombinasi 11.11.11 ni korang akan jumpa hanya pada setiap seribu tahun, jadi kalau nak jumpa kombinasi yang sama, korang kena lah tunggu 11 November 3011 pula… Itu pun kalau korang rasa boleh hidup lagi seribu tahun… hehe… ~_^

Dan yang menjadikan tarikh 11.11.11 ni lebih istimewa lagi, sebab ia jatuh pada hari Jumaat… Hari yang menjadi penghulu segala hari… Hari yang diberkati… Jadi manfaatkan peluang ini, dengan menjadikan tarikh 11 November 2011 jadi hari yang bermakna dan diberkati buat korang semua…

Dari NM ::

Happy 11th November 2011… Wishing all the best for us… May ALLAH bless us…