19 perkara yang menjadikan wanita istimewa…


1 :: Doa seorang wanita itu lebih makbul dari seorang lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, baginda menjawap, “Sesungguhnya seorang ibu lebih penyayang dari seorang bapa, dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”

2 :: Wanita yang solehah itu adalah lebih baik dari 1000 lelaki yang soleh.

3 :: Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana takutkan ALLAH. Dan orang yang takut kepada ALLAH S.W.T. diharamkan ke atas tubuhnya api neraka.

4 :: Wanita yang tinggal dengan anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

5 :: Barangsiapa membawa hadiah (barang makan dari pasar lalu diberikan pada keluarganya) maka pahalanya seperti pahala amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6 :: Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

7 :: Barangsiapa mempunyai tiga anak perepmpauan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan takwa dan sikap tanggungjawab, maka syurga untuknya.

8 :: Apabila memanggil dirimu kedua-dua orang tuamu (ibu dan bapa), maka jawablah panggilan ibu terlebih dahulu.

9 :: Daripas Aisyah R.A. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang api neraka buat dirimu,”

10 :: Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga buat dirinya. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11 :: Wanita yang taat dengan suaminya, maka semua ikan-ikan dilaut, burung-burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia taat pada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12 :: Aisyah R.A berkata, “aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?”. Baginda menjawab, “suaminya”. Aisyah bertanya lagi, “siapa pula yang berhak terhadap lelaki?”. Baginda menjawab, “ibunya”.

13 :: Perempuan apabila sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan diri serta suaminya, masuklah dia dari pintu ke syurga yang dikehendakinya.

14 :: Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka ALLAH S.W.T memasukkan dia terlebih dahulu sebelum suaminya.

15 :: Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. ALLAH S.W.T mencatatkan baginya setiap hari 1,000 amal kebajikan dan menghapuskan 1,000 dosa kejahatan.

16 :: Apabila seorang perempuan mulai sakit untuk bersalin, maka ALLAH S.W.T mencatatkan baginya amal orang yang berjihad pada jalan ALLAH.

17 :: Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti saat dia baru dilahirkan ibunya.

18 :: Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu, setiap satu titis air susunya diberi satu amal kebajikan.

19 :: Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sedang sakit, maka ALLAH S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama ALLAH S.W.T