Tips mengulangkaji untuk peperiksaan


1 :: Semak Jadual
Ini penting untuk memudahkan korang membuat ulangkaji di saat akhir. Mulakan dengan mengulangkaji dari subjek terakhir yang bakal diduduki. Dengan cara ni, korang dapat cover semua subjek menjelang hari peperiksaan. Kebaikannya, bila menjelang hari peperiksaan korang tak perlu meletihkan otak sangat, cuma perlu buat flashback dari apa yang telah korang ulangkaji sebelum ni.

2 :: Mengulangkaji dengan soalan latih tubi
Mengapa peperiksaan diadakan? Kerana ia menuntut calon untuk membuat latihan dan ulangkaji bagi mengingati pelajaran lalu. Dan cara terbaik seperti yang disarankan oleh mana-mana pakar motivasi, ialah dengan menjawab soalan-soalan dari kertas peperiksaan terdahulu atau soalan seiras. Kebaikannya, korang dapat membiasakan diri menjawab soalan peperiksaan sebenar yang bakal dihadapi. Disamping tu, memudahkan korang untuk mengulangkaji. Kerana dengan cara ni korang dapat tahu apa yang korang memang dah tahu dan apa yang korang tak tahu tentang sesuatu subjek tu.

3 :: Tentukan keutamaan
Biasanya seseorang calon itu hanya akan mengulangkaji subjek yang digemari sahaja dan mengulangkaji secara ala-kadar subjek yang kurang diminati. Dalam saat-saat akhir seperti ini calon harus mengutamakan subjek atau kemahiran yang belum dikuasai, ini kerana peperiksaan merangkumi semua subjek yang dipelajari dan bukannya hanya kepada subjek digemari calon.

4 :: Buat nota ringkas
Mengingat adalah teras penting dalam peperiksaan. Cara terbaik untuk mengingat selain dari menjawab soalan latih tubi ialah dengan mengulangkaji sambil membuat nota dari isi-isi penting. Namun nota yang dibuat haruslah nota yang ditulis seringkas mungkin, bukan nota yang panjang berjela-jela macam korang salin 100% dari buku teks.