Bila seorang wanita…


Hari ni NM nak kongsikan tentang beberapa perkara tentang wanita bila mereka berada dalam keadaan tertentu… Hanya sebagai pengetahuan kaum Adam untuk cuba memahami hati seorang hamba ALLAH yang bergelar Hawa… NM sendiri pun sukar memahami dan mengungkapkan tentang hati kaum Hawa ini, dan seperti Adam yang lain NM juga sering leka dan alpa tentang mereka…

Ini hanyalah sekadar tulisan yang NM garap dari pembacaan dan pemerhatian serta pemahaman sendiri. Mungkin ada antaranya yang tidak begitu tepat, maafkan NM sekiranya ada berlaku kesilapan… Dan mohon agar ditegur, supaya kita semua beroleh manfaat darinya…

Teruskan membaca… ~_^

1 :: Bila seorang wanita… sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata. Itu kerana dia sedang menangis di dalam hatinya…

2 :: Bila seorang wanita… tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakitkan hatinya. Dia sebenarnya mahu kamu memujuknya, namun beri sedikit masa untuk dia bertenang sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf…

3 :: Bila seorang wanita… cuba membenci orang yang disayanginya, dia tidak akan mampu untuk memberikan alasan mengapa dia harus membenci…

4 :: Bila seorang wanita… jatuh cinta kepada seorang lelaki, dia akan selalu berada di dalam fikirannya walaupun ketika itu dia bersama dengan lelaki lain…

5 :: Bila seorang wanita… direnung tajam ke dalam matanya oleh seorang lelaki yang punya tempat dihatinya, hati si wanita akan berasa cair…

6 :: Bila seorang wanita… mendapat pujian dari seorang lelaki (lebih-lebih dari lelaki yang disayanginya), biasanya mereka akan cuba menafikan pujian itu. Ini kerana sikap wanita yang suka dipuji namun tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian itu…

7 :: Bila seorang wanita… benar-benar menyayangi seorang lelaki, namun perasaannya tidak berbalas atau ditolak. Ada sesuatu dalam dirinya, semangat yang membuatkan dia sanggup melakukan apa saja…

8 :: Bila seorang wanita… menjauhkan diri dari kamu selepas kamu menolak cintanya, biarkan dia untuk seketika menenangkan hati sebelum kamu menegur dia dengan lembut dan menerangkan sebab kamu berbuat begitu…

9 :: Bila seorang wanita… cuba meluahkan isi hatinya. Dia akan lebih cenderung meluahkannya melalui muzik, puisi, lukisan dan tulisan berupa kata-kata yang mempunyai maksud tersirat. Jadi sekiranya wanita itu menujukan sebuah lagu kepada kamu, cuba fahami liriknya kerana itu mungkin apa yang cuba mereka katakan kepada kamu tentang perasaannya…

10 :: Bila seorang wanita… menerima panggilan atau mesej atau yang seumpamanya buat pertama kali dari seorang lelaki yang dicintainya, mereka akan kelihatan seperti bersikap acuh tak acuh. Tapi disebaliknya, hati mereka bersorak gembira. Dan berkemungkinan rakan-rakannya akan segera mengetahui tentang kamu yang menghubunginya…

11 :: Bila seorang wanita… memberi bermacam alasan bila kamu mengajak mereka keluar. Lupakan niat itu, kerana mereka memang tak berminat untuk keluar bersama kamu atau mungkin kamu memang tak punya tempat dihatinya…

12 :: Bila seorang wanita… telah jatuh cinta, dia akan selalu tertanya-tanya mengapa dia tidak mengenali lelaki itu lebih awal…

13 :: Bila seorang wanita… mencintai seorang lelaki, lelaki itu akan selalu mendapat tempat yang paling istimewa dalam hatinya walaupun bekas kekasihnya selalu hadir dalam fikirannya…

14 :: Bila seorang wanita… punya teman baik, hanya mereka yang memahami apa yang dirasa atau dilalui oleh si wanita…

15 :: Bila seorang wanita… memilih untuk bersama seorang lelaki, apa yang mereka inginkan hanya untuk dicintai dan disayangi sepenuh hati…

16 :: Bila seorang wanita… sedang bersama dengan seorang lelaki, mereka selalu berharap sesekali lelaki itu memberikan kejutan kepada mereka seperti hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis…

17 :: Bila seorang wanita… jatuh hati. Mereka akan mudah jatuh hati pada lelaki yang peka, mengambil berat, mengambil risiko dan sanggup menunggu mereka…

18 :: Bila seorang wanita… berjauhan dari buah hati, mereka akan lebih kerap memikir atau risau jika si lelaki beralih arah atau curang kepada mereka…

19 :: Bila seorang wanita… memaafkan kamu setelah kamu menyakitkan hatinya, dia sebenarnya masih sukar melupakannya…

20 :: Bila seorang wanita… berada dalam kesusahan, dia selalu berharap lelaki yang disayanginya berada bersamanya saat itu…

21 :: Bila seorang wanita… mengadu tentang rasa tidak puas hatinya kepada kamu, dia mengharapkan kamu menyebelahinya…

22 :: Bila seorang wanita… mengadu yang dia kurang sihat, dia cuma mahu kamu memberi perhatian dan merawatnya…