Membidas Isu anak luar nikah – UMNO gagal didik rakyat…


NM ada terbaca tentang Isu anak luar nikah atau tidak sah taraf… Memang agak sedih melihatkan begitu banyak berlaku keruntuhan moral dikalangan masyarakat sekarang… Namun bukan itu perkara yang hendak NM ceritakan disini.

Entri ini adalah untuk membidas entri yang bertajuk 152, 182 anak luar nikah dalam 2 tahun, kegagalan UMNO mendidik rakyat. yang memuatkan petikan dari sumber Haraqah Daily…

“UMNO telah gagal untuk mendidik rakyat ke arah hidup yang lebih seimbang dan bermoral, kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.”

Secara jujurnya NM sangat tidak berminat dalam hal-hal berkaitan politik, dan NM tidak mendaftar dengan mana-mana parti politik… Namun ini adalah sangat tidak relevan bila mengaitkan isu berkaitan keruntuhan moral dengan politik. Jika UMNO atau mana-mana parti komponen BN gagal mendidik rakyat, berapa peratus kah keyakinan PAS yang mereka berjaya mendidik rakyat dibawah pimpinan mereka untuk hidup lebih bermoral?

Maaf jika entri ini agak sensitif dan menyakitkan hati sesetengah pihak. NM punya beberapa kenalan dari Kelantan, negeri yang dipimpim PAS… Mereka menyatakan betapa teruknya gejala sosial disana, kebanyakkan lelaki tidak bekerja dan hanya membuang masa di kedai kopi sementara si isteri mencari rezeki, anak-anak gadis dirosakkan, sebahagian mereka menjadi mangsa dera kaum lelaki, malah ada yang hidup senang dan memandang rendah pada mereka yang kurang bernasib baik…

Cuba kita perhatikan beberapa kejadian demonstrasi yang berlaku beberapa waktu yang lalu dalam negara ini…
siapakah yang menjadi dalang?
Adakah ini kepimpinan Islam yang diagung-agungkan?
Menyebarkan khabar yang tidak berasas, apakah hukumnya?

Perbuatan ini hanya mencemar agama…Ingat! Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat…