Malaysia vs Myanmar – SEA Games Update


Berakhir sudah pertembungan antara Malaysia dan Myanmar dalam peringkat separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA di Indonesia… Mendebarkan!

Walau pun terlepas menyaksikan babak separuh masa pertama tadi, tapi mujur sempat tengok aksi separuh masa kedua… Saat mendebarkan tadi bila dua kali percubaan dari pasukan Myanmar nyaris menembusi gawang gol Malaysia, mujur tersasar…

Malaysia pula, gagal dalam percubaan pertama Izzaq yang menggantikan Syahrul Azwari. Syukur dalam percubaan seterusnya, Fakri berjaya menyudahkannya dan memberi satu mata pada skuad Harimau Muda…

Sudahnya Malaysia menang 1-0 ke atas Myanmar… Tahniah Malaysia!

Menjadi persoalan sekarang, pasukan mana antara Vietnam dan Indonesia yang akan menjadi saingan Malaysia dalam merebut pingat emas acara bola sepak ini?

Hurm… NM mengharapkan pertemuan semula dengan pasukan Indonesia… Hehe… Pasti jadi pertembungan menarik… hehe… ^^v