Kesan dan akibat duduk terlalu lama…


Berdasarkan kajian yang telah dilakukan American Journal of Epidemiology, duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kematian. Selain dari itu ia juga meningkatkan risiko sakit belakang. Mungkin disebabkan faktor ini kebanyakkan tempat kerja, terutamanya kilang lebih menggalakkan supaya pekerja mereka bekerja dalam keadaan berdiri. Antara kesan sampingan lain akibat duduk terlalu lama adalah seperti berikut :-

1 :: Arthritis
Penyakit Arthritis atau lebih dikenali sebagai penyakit Gout, adalah sejenis penyakit pembengkakkan dibahagian sendi. Seseorang yang duduk terlalu lama biasanya akan kurang menggerakkan bahagian sendi dan akibatnya ini meningkatkan risiko mendapat penyakit Gout.

2 :: Obesiti
Seseorang yang duduk terlalu lama boleh juga disimpulkan sebagai orang yang kurang aktif. Ini bermakna tiada proses pembakaran lemak yang berlaku dan akan menyebabkan peningkatan tahap kolestrol didalam tubuh.

3 :: Kerosakan postur badan
Postur badan orang yang duduk terlalu lama biasanya agak bongkok sedikit. Ini disebabkan tekanan yang ditanggung oleh tulang belakang untuk menampung berat badan ketika duduk.

4 :: Tekanan darah rendah
Disebabkan seseorang yang duduk terlalu lama kebiasaannya kurang aktif, ia akan melemahkan jantung untuk mengepam darah ke seluruh bahagian badan. Akibatnya seseorang itu akan cepat berasa letih, pitam atau sebagainya.

5 :: Penyakit jantung
Disebabkan tiada proses pembakaran lemak dan peningkatan kadar kolestrol dalam badan, risiko menghidap penyakit jantung adalah tinggi pada mereka yang seing duduk terlalu lama.

Kata NM :: Kadang-kadang kita tak dapat menghindar dari duduk terlalu lama kerana kerja kita memerlukan kita untuk duduk dalam kadar yang lama. Contohnya seperti pemandu bas ekspres atau pemandu treler dan lori, atau mungkin korang kerja pejabat dan sering kena menyiapkan tugasan yang banyak. Caranya untuk mengurangkan risiko mendapat kesan sampingan seperti yang dinyatakan kat atas tu, ambil peluang untuk berehat seketika dan melakukan senaman kecil untuk menggerakkan sendi dan otot… Rasanya tak salah kalau korang curi masa 5 ke 10 minit dari masa korang yang duduk berjam-jam tu untuk perkara ini