Malaysia vs Indonesia ~Final bola sepak Sukan SEA


Seperti yang NM harap-harapkan… Pertembungan semula Malaysia dan Indonesia dalam final bola sepak Sukan SEA ke-26… Syukur… ^_^

Pertembungan sebelum ni di peringkat final Kumpulan, NM tengok kat My Kopitiam, Taipan, Inanam, Sabah, with some friends (Alieya, Neds & Syawal)… Malam tu nyaris juga tak dapat tengok sebab tetiba pula short-circuit soket kat cafe tu… Mujur la seoarang abang pekerja kat cafe tu berusaha nak bagi kitorang tengok perlawanan tu… TQ… ^^v

Malam ni, NM tak plan nak tengok kat mana… Mungkin untuk kali ni NM ajak teman-teman sekampung stay kat rumah je… Tengok ramai-ramai, bagi meriah. Kalau tengok sorang-sorang, kurang sikit semangat tu… hehe…

Okay, malam ni jangan lupa, Jam 8.30 malam di TV3… Siaran langsung Malaysia vs Indonesia, 26th SEA Games…