Teknik menenangkan hati dari stress atau masalah


Tak ada sesiapa di dunia ni yang tak pernah mengalami stress, samada disebabkan masalah peribadi, masalah tempat kerja atau masalah yang berpunca dari perhubungan (ini yang paling kerap NM perhatikan di Facebook)… ~_^

Disini NM ada beberapa teknik yang boleh dipraktikkan bila korang berasa stress. NM buat carian google dan dari beberapa artikel yang dibaca, NM rumuskan teknik-teknik seperti dibawah ni… Korang baca, ye… Pastu tinggalkan komen kalau ada idea lain yang korang rasa berkesan… ^_^

1 :: Bernafas dalam-dalam
70% sisa yang berada didalam tubuh berjaya dihapuskan apabila korang bernafas dalam-dalam. Korang boleh cuba melakukannya dengan meletakkan tangan pada bahagian perut, dan rasakan ia naik dan turun pada setiap kitaran nafas. Dalam masa 30 saat atau lebih, ia dapat membantu untuk lebih menenangkan hati korang.

2 :: Ikrar atau azam
Sekiranya korang sedang berada didalam dilema atau kerisauan mengenai sesuatu masalah, tanamkan azam yang mampu korang lakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Cara ni bukan sahaja dapat menenangkan hati korang yang sedang gundah gulana itu, malah dapat memberikan lebih keyakinan untuk menghadapi masalah itu dengan kadar segera.

3 :: Regankan badan
Cuba lakukan sedikit senaman kecil untuk regangan badan, cara ni dapat merelakskan badan. Dan tubuh yang relaks membuatkan fikiran turut berasa relaks, jadi mudah untuk korang menghadapi masalah itu dengan memikirkan penyelesaian secara tenang dan positif.

4 :: Senyuman
Percaya atau tidak, senyuman mampu membebaskan tekanan dan ketegangan pada otot wajah. Perasaan tenang akan sendirinya hadir bila korang cuba untuk senyum walaupun sedang dilanda masalah, selain dapat menenangkan diri korang pun turut menenangkan orang disekeliling korang.

5 :: Minum air
Komposisi air didalam otak kita adalah lebih kurang 75%, dan otak merupakan bahagian dalam tubuh kita yang paling mudah kekurangan air. Stress akibat masalah biasanya berlaku bila kita gagal berfikir secara jelas atau dengan kata lainnya kabur dengan jalan penyelesaian, atau lebih tepat menemui jalan buntu. Otak memerlukan air untuk kita berfikir secara waras dan jelas. Apabila kita berjaya memikirkan sesuatu dengan lebih jelas, secara tidak langsung kita berjaya menenangkan diri.

6 :: Pejam mata
Pejam mata dan cuba fikirkan perkara-perkara yang mendatangkan perasaan senang pada diri kita.

7 :: Muzik
Tidak dinafikan cara ini yang paling berkesan untuk meredakan diri dari perasaan stress. Muzik dapat mempengaruhi emosi seseorang. Bagi NM setiap orang ada citarasa muzik yang berbeza untuk menenangkan hati, tidak semestinya kena dengar muzik yang berirama perlahan atau sentimental untuk menenangkan diri. Bergantung pada individu tentang pilihan muzik yang menenangkan buat mereka.

8 :: Termenung sebentar
Mungkin ramai yang menyatakan termenung tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Tetapi kalau korang perasan, ketika dalam keadaan termenung seolah-olah fikiran dan hati korang terasa kosong. Tak salah bagi pendapat NM untuk korang termenung sebentar bila menghadapi masalah, cuma jangan terlalu lama dan terbawa perasaan.

Selamat mencuba… ^^v