7 keajaiban binaan zaman kuno


1 :: Colossus Rodos
Colossus Rodos adalah patung Helios, yang terletak di Kepulauan Rodos, Yunani. Dicetuskan oleh Chares dari Lindos antara tahun 292 dan 280 SM. Sebelum termusnah, patung ini berdiri lebih 30 meter dan ini menjadikan ia sebagai patung tertinggi dalam zamannya. Dikatakan tinggi Colossus Rodos menyamai ketinggian Patung Liberty di Amerika Syarikat.

2 :: Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babylon dibangunkan oleh Nebukadnezar II sekitar tahun 600 SM sebagai hadiah untuk isterinya, Amyitis. Taman ini terletak di sebuah tempat di tanah, Iraq.

3 :: Mausoleum Moussollos
Mausoleum Moussollos atau nama lainnya Mausoleum Halicarnassus, adalah sebuah makam yang dibangunkan antara 353 dan 350 SM di Halicarnassus (Bodrum, Turki), untuk Mausolus. Dengan ketinggian sekitar 45 meter, struktur ini telah direka oleh arkitek dari Yunani, iaitu Satyrus dan Pythius.

4 :: Mercusuar Iskandariah
Mercusuar Iskandariah atau juga dikenali sebagai Pharos Iskandariah, adalah sebuah mercusuar yang dibangunkan pada abad ke-3 SM di pulau Pharos berdekatan dengan Kota Iskandariah, Mesir Kuno. Struktur ini setinggi 115 meter dan menjadi yang tertinggi selama beratus-ratus tahun.

5 :: Piramid Giza
Piramid Giza adalah piramid tertua dan terbesar dari tiga piramid yang ada di Nekropolis Giza. Ia merupakan satu-satunya struktur yang masih tertinggal dari tujuh keajaiban binaan zaman kuno. Piramid Giza dibangunkan sebagai makam untuk Firaun Mesir yang keempat, Khufu, sekitar tahun 2560 SM dan mengambil tempoh 20 tahun untuk disiapkan. Nama lain bagi piramid ini adalah Piramid Khufu.

6 :: Patung Zeus
Patung Zeus dibina oleh pengukir terkenal, Phidias, pada abad kelima SM, iaitu pada sekitar tahun 432 SM di Olympia, Yunani. Patung yang diukir dalam keadaan sedang duduk ini memiliki ketinggian sekitar 12 meter dan mengisi hampir keseluruhan Kuil Zeus yang dibangunkan sebagai rumah patung ini. Kemusnahan patung ini masih menjadi perdebatab kerana terdapat percanggahan pendapat dan fakta mengenainya.

7 :: Kuil Artemis
Kuil Artemis adalah sebuah kuil yang didirikan untuk Artemis, sekitar tahun 550 SM di Efesus di bawah Dinasti Achaemenid.