Pengaruh TUJUH dalam kehidupan…


NM tak perasan kalau korang tahu atau tidak tentang pengaruh Nombor TUJUH (7) dalam kehidupan manusia. NM memang tak tahu pun, cuma rasa tertanya-tanya, “Mengapa TUJUH? Mengapa tak sembilan, enam, satu, lima puluh, atau nombor-nombor lain?”. Apa dosa nombor yang lain tu sampai tak se-glamor TUJUH?… hehe… ~_^

Kebanyakan apa pun yang berlegar dalam kehidupan manusia mesti ada yang TUJUH.

+ cerita dongeng “Snow white and the 7 dwarf”

+ 7 keajaiban dunia

+ 7-eleven

+ tuju-tuju rindu… hehe…

++ dan bermacam-macam 7 yang lain

Kenapa mesti TUJUH?

Sebab TUJUH itu nombor yang paling kuat dan digeruni nombor lain… Korang rasa kenapa TUJUH yang paling kuat? Bukankah yang kuat itu JUARA? Dan kalau dah juara tu mesti lah nombor SATU, kan?

“Oh! Jadi antara banyak-banyak nombor, nombor TUJUH la yang paling nombor SATU…”

Haha… Kalau dah nombor TUJUH tu yang nombor satu, habis tu nombor SATU nak duduk mana? Hehe… ^^v

Korang bingung tak? Tahniah kat NM… hehe…

Okay, serius. Sebab apa nombor TUJUH yang paling digeruni oleh nombor-nombor lain? Cuba korang kira, 7, 8, 9, 10 (dalam english okay)…

SEVEN, eight, nine, ten

Korang nampak tak idea tu? Hehe…

SEVEN ate nine ten @ dalam melayunya TUJUH makan sembilan sepuluh

Wow! Kuat rupanya TUJUH ni kan… nombor yang lebih besar pun dia dapat makan. Patutlah nombor-nombor lain takut kat nombor TUJUH… hehe…

Hurm… Namun masih misteri tentang betapa berpengaruhnya nomnor TUJUH ini dalam kehidupan kita… NM pun tak dapat nak bagi alasan yang paling munasabah…

Tapi yang pastinya, dalam Al-Quran ada menyebut tentang 7 lapisan bumi dan langit serta 7 tingkat neraka dan syurga… Wallahu’alam…

Renung-renungkan dan selamat beramal… ^^v

p/s :: alang-alang da misteri sangat TUJUH ni… NM nak buka kategori entri yang baru “Tujuh is Seven”… Nanti NM akan muatkan semua perkara yang TUJUH sangat atau yang bajet-bajet TUJUH… hehe…