7 fakta bengang tentang 7 yang korang bengang nak tahu…


1 :: Anak encik Abu yang berumur TUJUH tahun hanya pandai mengira hingga nombor TUJUH je.

2 :: Kuih jualan makcik Limah hanya tinggal TUJUH biji, siapa cepat dia dapat.

3 :: Ahmad dan rakan-rakan menyertai pertandingan bola sepak TUJUH sebelah di kampung mereka.

4 :: Ah Boon dibayar overtime oleh majikannya sebanyak TUJUH ringgit sejam.

5 :: Badri membuat pinjaman pembiayaan kereta selama sembilan tahun, beliau sudah membayar ansuran selama dua tahun, tinggal lagi TUJUH tahun untuk melangsaikan pinjaman.

6 :: Faiz rasa berdebar dan gembira kerana TUJUH hari lagi dia bakal bergelar suami selepas menjalinkan hubungan selama TUJUH tahun bersama bakal isterinya.

7 :: Azlan merasa sayu dan sedih bila mengingatkan kejadian TUJUH hari sebelum Hari Raya TUJUH tahun yang lalu. Akibat bermain mercun buatan sendiri, kini jarinya tinggal TUJUH.

Ada lagi korang nak tambah? Hehe… ^^v