Syukur, dah lama tak diberi sakit.


Hari ni NM rasa kurang sihat sikit. Badan terasa panas sikit, kepala pun rasa sakit… Berdenyut-denyut… Huh! Dah agak lama juga NM tak sakit macam ni… Asyik hidup sihat ja, sesekali nak juga rasa sakit… hehe… ~_^

Korang jangan salah faham pula, NM tulis entri ni bukan nak mengadu yang NM tengah sakit…

Sebenarnya NM rasa bersyukur diberi sakit macam ni, sebab hikmah di sebaliknya. Dan hal inilah yang sebenarnya menjadi inspirasi untuk NM menulis entri kali ni… Bagaimana seharusnya kita merasa sabar dan redha bila didatang dengan rasa sakit.

Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janglah segera meminta sembuh.”

Dalam sebuah hadis yang lain, Baginda SAW turut bersabda :

“Ketika seorang hamba sedang sakit, Allah mengutus dua Maalaikat kepadanya, seraya berkata, “Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku.” Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, “Aku berjanji untuk hamba-Ku. jika aku mematikannya, Ku-masukkan dia ke Syurga. Dan jika aku menyembuhkannya, Ku-ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik dari darahnya. Dan aku hapuskan pula keburukannya.”

Cukup setakat ni dulu, NM rasa tak larat nak tulis lebih banyak. Nanti di kesempatan lain NM akan huraikan lebih lanjut lagi tentang ni… ~.~