Ada apa dengan tahun baru?


Sedar tak sedar tahun 2011 dah mula meninggalkan kita, cepat betul masa berlalu. Tinggal beberapa minggu lagi dah nak masuk tahun 2012…

“So, camana perasaan korang?”

Ramai yang pasti rasa teruja, kan? Yelar tahun baru, boleh buat bbQ untuk buat sambutan. Tak pun, pergi pantai, mandi laut kononnya nak ‘buang sial’… parti-parti gitu… hehe… ~_^ tapi kan lebih baik kalau kita yang muslim ni duduk kat rumah, mengaji. Tak pun buat kenduri kecil-kecilan, memanjatkan syukur sebab masih dipanjangkan usia untuk ‘berjalan’ di bumi Allah ni. Bermohon agar dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun 2012 yang menjelang tiba.

“Erm, apa lagi yang ada untuk tahun baru selain dari sambutan?”

Yang paling sinonim, AZAM… Asal tahun baru, mesti pasang azam baru, kan? Bermacam-macamlah azam yang bakal kita dengar nanti, yang pasti semuanya azam untuk memperbaiki diri dan kualiti hidup… betulTak? ^^v

“Yelar, tak pernah pula NM dengar orang yang berazam nak merosakkan diri dan kehidupan sendiri… hehe… korang pernah tak dengar? Mesti tak pernah, kan?

Azam, mestilah semuanya pun benda yang baik-baik je… Memasang azam adalah acara tahun baru yang paling rutin menurut pandangan NM. NM pun setiap tahun memasang azam, bercita-cita nak buat itu, berangan nak ini. Setiap tahun begitu… Tapi ntah beberapa je yang NM betul-betul buat dan berjaya capai. Setiap tahun macam tu…

Terus-terang, NM rasa sedih bila memikirkan hal ni. Baru tersedar, betapa NM mensia-siakan hari yang diberikan peluang untuk NM memperbaiki diri…

“Ya Allah, khilafnya aku dengan kehidupan ini”

Kesedihan ini sukar NM gambarkan. Namun NM rasa bersyukur, bila di bukakan hati, mata dan minda untuk menyedari perkara ini. Masih belum terlambat… Harapan NM agar tahun 2012 ni menjadi tahun yang lebih bermakna buat NM dan InsyAllah turut memberi kesan yang baik buat keluarga dan teman-teman rapat, serta orang lain.

Tugasan NM diakhir tahun 2011 ni, adalah merancang untuk tahun 2012…