Takziah buat Khairul Fahmi Che Mat dan keluarga


Innalillah

Itu je yang mampu NM ucapkan buat penjaga gawang gol negara, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan keluarga di atas pemergian adik lelakinya, Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16, yang telah meninggal dunia baru sebentar tadi disebabkan demam berpanjangan dan jangkitan paru-paru.

Korang boleh dapatkan update dari Facebook Malaysia National Football Team.

Al-Fatihah… buat arwah dan semoganya rohnya dicucuri rahmat. Amin Ya Rabbal Alamin…

Semoga Khairul Fahmi dan keluarga menghadapi keadaan ini dengan tabah. Buat Khairul Fahmi, ‘bagai sudah jatuh, ditimpa tangga’… Baru dilanda dengan kontroversi yang hampir saja membuatkan beliau terfikir untuk bersara awal, kini didatangi dengan berita pemergian adik yang tersayang.

Harapan kami buat Khairul Fahmi… Tabahkan hati, kuatkan semangat. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Semoga mutu permainannya tidak terjejas