Perjumpaan semula bekas Eksekutif Appco Malaysia, cawangan Kota Kinabalu


Venue :: Borneo Kellybay’s, Tuaran, Sabah.
Date :: 18th December 2011

Wah! Seronoknya dapat jumpa balik dengan rakan-rakan lama… Rindu kat dorang ni, rindu pada suasana kerja semasa bersama Appco dulu.

Kenangan manis dalam hidup NM ketika itu, tak pernah ada kerja yang NM rasa segembira begitu. NM ni dah memang jenis yang kepala gila-gila sikit bila buat kerja, jenis yang memang kerja serius mana pun NM mesti rasa nak main juga… Tapi dalam main-main tu NM memang buat juga kerja tu bersungguh-sungguh. ^_^

Setiap hari di Appco, awal pagi NM dah turun office (selalu bos tak masuk lagi, kitorang je yang suka turun awal). Sampai kat office je, confirm akan riuh dengan suara-suara yang excited dan ditambah lagi dengan bunyi muzik (kadang-kadang rasa tak macam office, macam kat pub pula)… Masa kat office kitorang memang tak lama, lepas dah buat meeting, plan tentang hari tu, morning impact sikit supaya ada semangat sepanjang hari, pastu kitorang blah jumpa klien…

Hurm, nak cakap banyak pun semuanya sama je. Semuanya tentang HAPPY & ENJOY & Lot’s of MONEY… Kat Appco la yang NM banyak belajar tentang muhasabah diri, bagaimana membangunkan diri menjadi lebih baik. Cuma, rezeki NM mungkin bukan dekat sana… Tapi camana pun NM syukur dengan semua ilmu yang NM belajar dekat Appco, ternyata apa yang ditunjuk ajar bukan hanya berguna untuk kerja yang kitorang buat masa tu, tapi juga berguna dalam kehidupan sehari-harian kita… ^_^

NM tak sabar nak berkumpul semula dengan bekas-bekas rakan sekerja Appco yang sangat-sangat Happening.

p/s :: kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Appco, korang boleh visit website Appco Group Of Companies

credit to Glory Jane