Lagi tentang Perjumpaan Semula bekas Eksekutif Appco Kota Kinabalu


Sempena dengan Perjumpaan semula bekas Eksekutif Appco Malaysia, Cawangan Kota Kinabalu pada 18 Disember 2011 ni, yang kitorang rancang nak buat kat Borneo Kellybay’s, Tuaran, Sabah. Kitorang terfikir untuk buat sedikit aktiviti kebajikan.

Masa dekat Appco dulu pun kitorang memang dalam charity division juga dan sebab tu hadir idea untuk membuat sumbangan amal kepada rumah-rumah kebajikan sekitar Tuaran atau yang berada dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tuaran nanti.

Sebenarnya bukanlah sumbangan yang besar pun, cuma sumbangan berupa barangan terpakai. Yelar, daripada dibuang macam tu je atau dibiarkan rosak, kan lebih baik beri pada yang memerlukan.

Kami mengalu-alukan jika ada individu yang berada di sekitar Kota Kinabalu (terutama yang tinggal di Tuaran), yang berminat menyalurkan sumbangan berbentuk barangan terpakai (No Cash Donation) ke rumah-rumah kebajikan terpilih di Tuaran dan ingin menyertai kami dalam acara penyerahan itu nanti. Boleh menghubungi kami melalui Facebook

Semoga dengan sumbangan kecil kita ini nanti, dapat memberikan kegembiraan dan senyuman pada wajah adik-adik serta mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Jika mungkin mereka rasa diri kurang mendapat perhatian dan kasih sayang, inilah masanya kita memberikan mereka sedikit penghargaan. Sebagai tanda CINTA kita sesama manusia…