Naik kapal terbang dengan duit 10 sen je…


AirAsia tawar tambang serendah 10 sen?

Wah! Best ni… kalau ada 50 sen boleh ajak kawan-kawan sekali… Erm, agak-agak berapa banyak tempat duduk kat dalam kapal terbang tu? Kalau bajet RM200 cukup tu bawa rombongan ‘Cik Kiah ke Sukan Komanwel’, kan?… hehe… ^^v

betul ni, tak tipu

Cam susah nak percaya kan. Tapi…

‘ini betul-betul, bukan cobaan’

Ni sempena ulangtahun ke-10 AirAsia. Sebab pihak AirAsia gembira sangat dan terharu dengan sokongan kita semua menggunakan perkhidmatan tambang murah diorang ni, jadi diorang bagilah kita peluang naik kapal terbang diorang ni dengan tambang 10 sen je… sukeTak?!… hehe…

Promosi berlangsung empat hari je, bermula harini sampai 11 November 2011, bagi perjalanan bermula 1 Julai 2012 hingga 27 Oktober 2012. Ada 80 destinasi terpilih, dalam dan luar negara.

Tapi NM tak nak cakap la yang pasal luar negara tu, cakap yang dalam negara je, k… Cuba korang pikir antara Julai dan Oktober tu, Hari Raya Aidilfitri kat situ, Hari Raya Aidiladha pun kat situ… Jadi bagi mengelakkan korang bayar tambang mahal-mahal, adalah lebih baik korang buat tempahan sekarang di laman rasmi AirAsia

Yang tak sambut raya tapi rancang nak pergi makan angin dengan keluarga atau nak pergi honeymoon, korang pun pergilah tempah secara online sekarang…

NM pun nak suruh ayah NM tempah tiket penerbangan Kuala Lumpur – Kota Kinabalu sekarang ni, supaya dia boleh balik raya tahun depan…

“pak! pak! bagus bapa tempah tiket sekarang. Murah, 10 sen je… 20 sen da boleh pulang balik KK-KL…” :p

Oya, NM ada bgto tak yang promosi ni cuma untuk tiket one-way je?

Hah! Takde? Ok, promosi ni untuk tiket one-way je… :p

Ok korang da tau kan? Pandai-pandai korang la… Kalau lambat tak dapatlah tambang yang seposen tu… hehe…