Konsert Semangat Inspirasi TV3-Coca Cola di Kota Kinabalu


Sempena dengan tahun baru 2012 yang bakal menjelang tiba ni, TV3 dan Coca-Cola akan menganjurkan Konsert Semangat Inspirasi di empat lokasi serentak pada 11 Disember 2012 (Ahad)… Kat Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bharu dan Kota Kinabalu

Konsert Semangat Inspirasi di Kota Kinabalu dianjurkan di Padang Merdeka… Antara artis yang akan hadir di Kota Kinabalu seperti Najwa Latif, Sofazr, Awi Rafael dan Stacy… Faizal Ismail dan Aleeya dari Hot Fm pun ada sama nanti… ^_^

Konsert tu akan mula pada jam 9 malam dan berakhir jam 10.30 malam. Tapi korang boleh juga datang lebih awal sebab akan diadakan karnival mini. Ada gerai-gerai yang dibuka dan kalau nak beramah mesra dengan artis-artis pun boleh, ada hadiah cenderahati juga dari penganjur kalau korang sertai trivia dan permainan yang ada kat sana nanti. Karnival mini bermula jam 6 petang hingga jam 8 malam je… Jadi sempat lagi korang pergi dinner sebelum konsert tu bermula… :p