Jom tengok gerhana bulan penuh :: 10 Disember 2011


Gerhana bulan penuh, korang pernah tengok tak? Kalau tak pernah, ni lah peluang korang untuk tengok. Kalau dah pernah tengok tu, tengok lagi sekali… hehe…

Kejadian gerhana kali ni, seluruh negara dapat tengok. Korang kat Semenanjung, Sarawak atau Sabah, semua berpeluang menyaksikannya…

Bila? 10 Disember 2011 bersamaan 14 Muharram 1433H…

eh! Esokla tu kan?

Gambar kat atas ni bagi memudahkan kita untuk lebih faham lagi tentang fasa-fasa gerhana bulan ni…

Waktu fasa – fasa gerhana bulan penuh :: 10 Disember 2011

Moon enter penumbra :: 2011 Dec 10, 19:31:37
Moon enter umbra :: 2011 Dec 10, 20:45:11
Start of totally :: 2011 Dec 10, 22:05:29
Maximum eclipse :: 2011 Dec 10, 22:31:36
End of totally :: 2011 Dec 10, 22:57:45
Moon leaves umbra :: 2011 Dec 11, 00:18:04
Moon leaves penumbra :: 2011 Dec 11, 01:31:30

Jadi esok ambillah peluang untuk menyaksikan kejadian alam ni, k…

Semoga kita mendapat iktibar dari kejadian ni… Seronok tu memanglah rasa seronok, cantik… Tapi yang muslim tu janganlah nak ambil seronok je…

Kepada yang muslim, apa kata esok kita buat Solat sunat gerhana bulan (Solat Khusuf)… ^^v