Hanis Zalikha yang fofular


Sebelum ni NM dah tuliskan entri pasal Cikgu Shidah dan si cantik Fatin Liyana… ~_^

Kali ni NM nak tulis pasal Hanis Zalikha lagi… Dia ni pun tersenarai dalam Laporan carian Google di Malaysia sepanjang tahun 2011 untuk dua kategori — Fastest rising people di tempat kesepuluh dan Top 10 Blog juga ditempat kesepuluh menerusi blog peribadinya di inibelogsaya.blogspot.com

Seperti juga Fatin Liyana, Hanis Zalikha ni memang NM tak pernah kenal juga. Tapi blog beliau pernah NM dengar, cuma tak pernah pergi berkunjung ke sana… Baru sebentar tadi NM pergi dan blog Hanis ni memang cool & santai… Walaupun Hanis jarang buat update tapi entri dia yang ringkas & bersahaja tu buat kita rasa seronok nak membaca dan terus follow untuk update yang seterusnya…

bagi yang tak pernah kenal, inilah wajah Hanis Zalikha Zainal… Cantik kan dia? ~_^

Hanis Zalikha ni selain menjadi blogger, dia juga aktif dalam kerjaya peragaan dan lakonan secara sambilan… Kalau korang nak kenal lebih lagi dengan Hanis boleh lah berkunjung ke laman Facebooknya… ^_^