Kenapa kena aktifkan fungsi mobil untuk blog?


Masa memula buat blog lagi NM memang dah aktifkan fungsi mobil ni, sebab NM suka online guna gajet-gajet kecil yang boleh NM bawa ke mana je… Kat tempat kerja, sesekali NM akan ambil peluang untuk online sekejap. Kat klinik, bustop, shopping mall atau kat mana-mana je, sementara tak ada benda nak dibuat NM mesti akan online. Guna Smartphone bagi NM lebih memudahkan berbanding nak mengusung Laptop, NM rasa hampir semua orang pun akan fikir macam NM juga. Dan ternyata NM tak silap menduga bila baru-baru ni terbaca tentang penggunaan internet mudah alih di Malaysia

Bila kita buat blog, samada blog tu untuk tujuan peribadi, bisnes, komuniti atau sekadar hiburan, main point dia tetap sama —‘nak orang berkunjung dan baca blog kita’… betulTak?

Sebab tu kita kena peka pada keperluan pengunjung blog kita tu… Tak semua yang online dan berkunjung tu guna laptop atau desktop. Most of them guna handphone, smartphone atau tab. Kalau kita tak aktifkan fungsi mobil untuk blog, diorang kena buka blog kita tu guna format desktop dan dah tentulah melambatkan masa untuk loading ke blog kita. Kalau kita berada kat tempat diorang pun kita tak suka nak menunggu-nunggu ni kan… That’s how mobile user feels when they try to view our blog…

So kita fikir-fikirkan lah… NM ni pun masih baru dalam bab blogging-memblogging ni, so rasa macam tak layak sangat nak bagi tips-tips macam ni. Masih banyak yang NM kena belajar lagi… Kalau ada yang sudi nak bagi tunjuk ajar tentang ilmu blog ni, ada teguran yang membina… For sure NM would be happy to hear from u… ^_^