Pied Avocate di Mengkabong, Tuaran


Gambar burung penghijrah, Pied Avocate ni diambil pada 3 Disember 2011 di sebuah perkampungan nelayan, Kampung Mengkabong, Tuaran (tempat kelahiran NM)… Gambar ni NM culik dari blog horokuru.blogspot.com

Gambar ni taken by Azahari Reyes @ Jason… Macam familiar nama ni buat NM. Dan ya, memang sangat familiar sebab Jason ni sebenarnya kawan rapat NM masa kat sekolah rendah dulu. Tak sangka selepas berpuluh tahun terpisah, akhirnya NM terjumpa dia semula semasa blogwalking… Syukur… ^_^

ni lah dia jurugambar yang dimaksudkan tu. Jason Bugay Reyes @ Azahari

Jason ni bekerja sebagai jurupandu pelancong, jadi kalau korang rasa nak pergi tengok & ambil gambar-gambar burung sekitar Sabah ni boleh lah berhubung dengan beliau. Selain tu Jason ni juga merupakan wakil jurucakap Nikon Malaysia untuk produk-produk Nikon