Syurga di bawah telapak kaki papa


Apesal Syurga kat bawah telapak kaki papa pula, biasanya kan ke Syurga kat bawah telapak kaki mama?

Tagline filem terbaru Metrowealth ni betul-betul menarik hati NM, menimbulkan curiousity pada NM nak tengok cerita ni… Tengok-tengok kat poster tu…

‘Aik, macam kenal je mamat yang dukung Mia Sarah tu?

Eh! MAT SAJER tu… kan… kan… kan… ~_^ Confirm ni mesti cerita romantik komedi…😀

Ikutkan dari sinopsis filem ni mengangkat kisah kasih sayang dan dilema seorang bapa tunggal, Bahar (Zalif aka Mat Sajer) terhadap anaknya si Mia (NM Loike betul nama Mia ni). Da nama pun bapa tunggal, confirm lah dah kematian isteri si Bahar ni…

Sebenarnya Bahar ni menghadapi krisis keyakinan diri yang rendah, salah satu punca sebab sering hadapi masalah dengan pekerjaannya. So memang susahlah sikit nak membina hidup baru seorang diri, nak kena sara anak lagi.

Tapi camana pun Bahar tak putus asa, dia cuba dan cuba demi anak yang tersayang. Masa itulah muncul Elly (Lisa Surihani) yang membantu Bahar menguruskan anaknya, Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Sebenarnya sebelum berkenalan dengan Mia dan Bahar, Elly ni memang ada masalah sikit juga dengan ayahnya. Jadi sepanjang bersama dengan mereka tu, Elly rasa kagum melihat kasih sayang antara seorang Mia dan Bahar…

Dan yang menjadi persoalannya, yang bakal membuatkan kita berpusu-pusu nak ke panggung nanti, agak-agak apa yang akan jadi pada Bahar, berjaya ke tak berjaya ni? Hubungan Elly dengan ayahnya, pulih ke tak pulih? Pastu, Bahar dengan Elly ni nanti apa akan jadi kat dorang ea? Maksud NM dari segi Soal Hati… ehem! ehem! ~_^

Apa pun kita semua nantikan filem ni di pawagam 29 Disember 2011!