Vanilla + Coklat… Nyum! sedap tu…


Vanilla + Coklat… Mmmmm… NM terfikir tentang aiskrim Drumstick, aiskrim Magnum Classic… Slurp!😛

Tapi entri ni bukan cerita pasal aiskrim, okay… Ni cerita pasal drama bersiri terbaru untuk Slot Lestary TV3, menggantikan drama bersiri Cinta Elisya… Drama bersiri Vanilla Coklat!! (harap cerita ni sedap seperti menikmati Magnum Classic)…

Yang menjadi fokus utama atau tarikan terhadap drama ni bukanlah kerana tajuknya yang enak di makan begitu saja (macam pernah dengar), tapi sebab Izara Aisyah yang menjadi watak utama dalam drama ini… Biasa kita tengok Izara ni bawa watak yang jahat-jahat dan Yes! Lakonannya menjadi… Tapi kali ni berbeza, Izara masih kekal dengan garangnya cuma tak jahat… Berjaya ke tak berjaya ni nanti?

Drama ni kisah tentang Zara (Izara Aishah) dengan Azmi (Aiman Mentor). Mereka berdua ni saling membenci (biasalah, trend drama remaja kan), mana-mana pergi mesti nak bercakaran (tengkar mulut je)… Gaduh punya gaduh, last-2 diorang ni dijodohkan pula oleh keluarga. Maka terpaksalah mereka ni berkahwin… Dah memang tak suka, tapi terpaksa nak jaga hati keluarga, jadi diorang berdua pun menetapkan satu perjanjian sebelum berkahwin. Perjanjian apa? Diorang ni buat perjanjian untuk berkahwin selama 6 bulan je, lepas tu cerai.

Selepas tu apa yang akan berlaku? Jeng! Jeng! Jeng!… Korang kenalah tengok drama bersiri ni dalam Slot Lestary TV3, setiap malam selasa, bermula 20 Disember ini… ^^v

psst! NM da dapat agak apa ending cerita ni… banyak dah drama macam ni… Princess Hour, Fullhouse, etc… hehe… tapi tetap kena tengok, ending memang sama cuma konflik dalam jalan cerita tu mungkin berbeza… ~_^