Apa fungsi butang LIKE kat Facebook?


Umpamanya kita sedang berjalan di sebuah pasar raya dan kemudian terserempak dengan seorang rakan, sudah tentu kita akan samada bertegur-sapa dan memberi salam kepadanya atau sekadar tersenyum dan melambai sebagai tanda yang kita melihat dia. Dalam realiti sosial masyarakat kita, tidak berbuat apa-apa semasa terserempak dengan orang yang kita kenali, dianggap sebagai sikap kurang menghormati.

Begitu juga halnya ketika kita sedang menggunakan Facebook. Facebook itu telah nyata sebagai sebuah laman untuk kita bersosial secara maya, aktiviti menambah rakan itu juga menjadi sesuatu yang biasa. Tapi apakah alasan kita untuk menambah seseorang itu ke dalam friendlist? Sudah pastinya kerana kita ingin bersahabat dengan mereka.

News Feed itu seperti sebuah pasar raya atau jalan yang sedang sesak, sentiasa kita akan terserempak dengan rakan yang muncul di sana. Namun kita hanya melihat mereka berlalu tanpa menegur atau sekurang-kurangnya memberi isyarat yang kita ada melihat mereka, itu sesuatu yang kurang wajar kerana gagal menghormati hubungan persahabatan itu sendiri. Itulah sebabnya diadakan butang LIKE di Facebook, bukan hanya sekadar untuk memberitahu yang kita suka update terbaru dari rakan. Tapi fungsi lainnya sebagai isyarat yang kita bertegur-sapa dan memberi salam, kerana kadang-kadang kita tidak tahu apa yang hendak ditulis dalam ruangan komen bagi update dari rakan atau mungkin terlalu sibuk untuk meninggalkan komen pada mereka.

Bila kita telah menambah seseorang ke dalam friendlist, itu bermakna kita sedang membina ikatan persahabatan. Dan apa yang mengukuhkan ikatan itu, adalah rasa hormat terhadap sahabat dan hubungan itu sendiri. Jika kita terlihat rakan kita muncul di dalam News Feed dengan update terbaru ketika sedang menggunakan Facebook, bertegur-sapa lah dengan mereka. ^^v