Kenapa nak ada blog sendiri?


Selain laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster dan lain-lain, blog menjadi trend masa kini. Hampir setiap hari kita lihat blog-blog ni dah macam ‘cendawan tumbuh selepas hujan’, ada je blog baru yang muncul…

Bermacam-macam genre blog, dari blog peribadi ke blog komuniti dan hiburan hingga ke blog perniagaan. Setiap blogger sudah tentu punya alasan mereka sendiri untuk membangunkan blog masing-masing, yang pastinya satu alasan yang sama adalah ‘untuk berkongsi cerita’

Membangunkan blog bukanlah sesuatu yang sukar untuk dibuat sebenarnya, kerana hampir semua platform blog ada menyediakan template dan tutorial untuk mereka yang baru bergiat dalam dunia blogging disamping adanya forum untuk blogger serta tunjuk ajar dari blogger yang dah lama dalam bidang ni. Lagi satu mengapa tak susah nak bangunkan blog, sebab ia PERCUMA…😛

Banyak kebaikan bila kita ada blog sendiri ni, cuma kita perlu melakukannya dengan berhemah.

1 :: Membaiki cara penulisan dan cara berfikir
Semasa menulis di blog, tanpa kita sedar sebenarnya kita sedang melatih diri untuk menulis dan berfikir. Bagaimana cara kita berfikir bergantung pada bagaimana kita menulis dan sumber-sumber yang kita serap. Baik penyerapan ilmu dan tulisan itu maka baiklah jadinya kita, jika sebaliknya maka buruklah kita.

2 :: Lebih ramai kawan dan dikenali
Dalam masa yang sama, kita juga membina satu rangkaian sahabat samada dari kalangan blogger atau sekadar pengunjung kerap ke blog kita. Biasanya mereka-mereka yang dibawah pengaruh minat dan pemikiran yang sama dengan kita. Namun ini bergantung kepada bagaimana kita menulis dan pengisian kita di blog.

3 :: Tambah duit poket
Setiap blog yang kita kunjungi, pasti kita melihatkan banner-banner iklan terpampang. Dari banner iklan inilah sebenarnya punca pendapatan seseorang blogger itu. Terdapat pelbagai platform penyedia iklan online yang menawarkan perkhidmatan seperti ini. Berapa banyak pendapatan yang diperolehi bergantung kepada berapa ramai pengunjung ke blog kita yang akan klik pada iklan tersebut.

4 :: Lebih ketenangan dan kepuasan
Ini lebih menjurus kepada blog peribadi, kerana dalam blog peribadi selain cerita tentang aktiviti dan perkara yang kita minat, tak terlepas juga luahan hati. Kadang-kadang ada sesetengah perkara yang berat untuk kita luahkan secara lisan, melalui penulisan mungkin cara terbaik untuk menenangkan hati. Namun begitu masih harus ditulis dengan berhati-hati, kerana setiap tulisan kita bakal dibaca oleh orang lain yang mungkin juga akan terasa atau tersalah sangka dengan entri kita tu…

Ada beberapa lagi sebab lain kenapa kita harus memiliki sekurang-kurangnya sebuah blog, tapi buat NM ini yang paling relevan.

Mulakan sekarang, jadikan ini sebagai hobi baru yang lebih berfaedah dan memberi manfaat pada diri kita sendiri dan orang lain… ^_^