Awas! Virus spam Facebook! :: Bagaimana mencegah dan merawat…


NM ada di tag dengan status seperti ini, mujur NM tak klik pada link yang diberi… Kalau tak, confirm semua friendlist NM pun dapat salinan status yang sama…

Ini adalah sejenis virus spam, bila korang klik then wall korang akan dipenuhi dengan status yang sama dan sebagai bonus, benda ni akan auto-tag diri dia kepada friendlist korang… sukeTak?! Klik la kalau suka… hehe…

Selepas tiga kali NM terkena (akaun profil di take over), kali ni NM lebih berhati-hati untuk klik sebarang link yang dikirim kepada NM… Korang pun kena ALERT tau…

Alamak! Dah ter-klik ni, nak buat camana?

Jangan risau! Masih ada cara untuk menyelamatkan wall korang tari terus di-spam… Okay, dengar dan ikut cakap NM ni😛

1 :: Klik button ‘Dropdown’ (bentuk anak panah ke bawah tu) yang kat sebelah button ‘Home’ FB korang…

2 :: Scroll dan cari ‘Privacy Setting’…

3 :: Dari ‘Privacy Setting’ tu, cari pula ‘How Tags Work’… Dah jumpa, klik pula pada ‘Edit Setting’…

4 :: Klik pada ‘Tag Review’ dan tukar ke ‘Enabled’…

Korang cubalah langkah yang NM tunjuk tu, InsyAllah berkesan… Happy Facebook’ing… ^^v