Semakan keputusan PMR 2011 secara online atau SMS


Keputusan PMR dah diumumkan, dan hari ni dah boleh pergi sekolah buat semakan keputusan PMR… Camana lah agaknya keputusan tu…

Dup! Dap! Dup! Dap! Inilah saat-saat paling mendebarkan buat adik-adik yang tengah tunggu result PMR tu… Nervous, gatal hidung, gatal kepala, cirit-birit dan macam-macam lagilah…😛

NM teringat masa ambil result SPM dulu, tak senang duduk. Nak buat-buat diri gelak (konon happy) pun tak menjadi sebab semua kawan sekolah pun termenung memikirkan keputusan yang bakal diperolehi dan nasib diri… Kesian…

To all PMR candidate! Wish you luck… ^^v

Rasanya masa NM tengah buat entri ni, dah berduyun-duyun adik-adik PMR ni pergi sekolah nak mengambil keputusan. Ada yang tak dapat datang ke? Jangan risau buat yang tak dapat datang sekolah harini (tapi dapat pula nak ber-online), adik-adik masih boleh semak keputusan guna handphone atau secara online… Buat mak bapa yang tak sabar nak tunggu anak pulang bawa result pun boleh guna cara ni… ~_^

Semakan keputusan PMR secara online

Laman web :: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Semakan keputusan PMR melalui SMS
Taip angka giliran dan hantarkan ke 15888