What I’m going to…? This 2012


Tinggal berapa hari lagi tahun 2011 bakal meninggalkan kita… Ada yang rasa sedih & berat nak biarkan 2011 ni pergi, sebab banyak perkara yang diharapkan tahun 2011 ni yang belum kesampaian… kan?🙂 NM pun begitu juga, banyak benda yang NM rancang di awal tahun tetapi tak menjadi… Namun NM tetap bersyukur sebab diberikan peluang sekali lagi mencuba untuk tahun 2012 ni (semoga dipanjangkan usia)… ^_^

Rasanya dah ramai yang mula pasang AZAM untuk tahun 2012… kan?🙂 Bagus, itu sangat bagus untuk memotivasikan diri… Jangan tunggu tahun dah beralih baru nak pasang azam, mulakan sekarang!

Mungkin ada yang masih belum pasti apa yang hendak diazamkan (ada ke perkataan ni?) untuk tahun baru 2012 ni, atau mungkin tak nak pasang azam langsung… Yang belum tu tak apa, masih ada masa. Tapi bagi yang tak nak tu, kalau boleh janganlah macam tu ea…😦

Fikirkan semula, hidup kita ni sebenarnya ada tujuan atau misi yang harus kita selesaikan bermula dari saat kita dilahirkan… Misi itu adalah menjadi Khalifah (pemimpin) di bumi yang hanya sekadar pinjaman buat kita ni… Kita adalah pemimpin kepada diri sendiri, pemimpin kepada keluarga, pemimpin kepada masyarakat dan pemimpin kepada alam…

OK! Cut! Cut! Cut!

Berbalik kepada topik asal, “What I’m going to…? This 2012“… Selepas NM dah fikir-fikir dan menganalisis balik azam tahun-tahun sebelum ni yang menjadi dan yang tak menjadi. Untuk tahun 2012 ni NM nak buat sesuatu yang lebih berbeza, tak nak fokus pada something yang fizikal beside more to yang non-physical things… As NM kesan banyak benda yang NM kurang dari segi kerohanian, emosi dan habit yang kurang baik yang sedikit sebanyak menjejaskan keperibadian dan tak dinafikan antara punca NM gagal melaksanakan azam sebelum ni…

So for this 2012 NM going to :-

1 :: Focus on this blog, sebab disini NM dapat kepuasaan menulis dan meluahkan apa dalam kotak fikir NM. Disamping NM dapat memuhasabahkan diri dengan membaca balik entri-entri yang ditulis (dan kekal fokus membentuk keperibadian baru), NM juga harap setiap entri memberi manfaat kepada bukan hanya NM namun juga pada orang lain yang berkunjung dan membaca… InsyAllah…

2 :: Be a giver, selalu kita mengharapkan orang lain memberikan sesuatu yang kita mahu. Selepas beberapa perkara yang terjadi, NM mula percaya pada KARMA. Apa yang kita beri dan buat, perkara yang sama pasti akan berbalik pada kita (setara atau lebih)… Samada baik atau buruk yang kita lakukan, percaya atau tidak ia pasti akan kembali pada kita suatu hari nanti. Jika tidak di dunia, mungkin satu hari nanti di Akhirat… Wallahua’lam… ~.~

3 :: Bersabar dan redha, sebab ni kelemahan yang NM memang dah kesan dari awal dan dah mula melatih diri sejak 2010… Syukur, perlahan-lahan NM dah mula terbiasa walaupun sesekali terlepas.

4 :: Financially planned, jujur NM ni sedikit pemboros. Terutama bila NM rasa hati tak tenang dan cuba nak meng-happy-kan diri, pergi makan-makan (selalu mesti tak habis, membazir), tengok wayang sehari sampai berkali-kali, main game dengan kawan kat kafe siber sampai berjam-jam (kadang berhari-hari)… Akibatnya, simpanan pun dah susut…😦

5 :: Be more positive, ini pun perkara yang memang NM dah mula melatih diri sejak bersama APPCO (2007). Dan dari tahun ke setahun NM dapat rasa perbezaan pada diri…🙂

6 :: Leadership, mungkin ini kualiti yang NM ada dan dah sebati dengan diri NM. Bermula selepas kolej, NM be most stand-out people among the community. Mungkin sebab sikap NM yang most of the time playful but in something that more serious I’ll be a bit strict… Ingat kat kampung dulu (masa NM aktif melepak sebab belum dapat kerja selepas kolej), nakal sangat tapi masih jadi remaja berpengaruh dan diharapkan oleh orang-orang yang lebih tua dalam kampung. Jadi jurulatih kompang, setiap ada majlis atau kenduri mesti pakcik-pakcik akan cari NM dulu supaya ajak remaja lain bergotong-royong, pencapaian terbaik bila NM dan remaja lain buat sambutan Merdeka peringkat kampung tanpa campur tangan orang tua, masuk New Sabah Times, tahun 2002 ‘Belia Tuaran buat sambutan Merdeka’ (tapi sayang tak simpan keratan akhbar tu)… Lepas tu dalam pekerjaan pun begitu, masa NM kontrak jadi pengawas peperiksaan UMS (jadi ketua selepas sehari mula bertugas), masa NM kerja frozen food industry (tak sampai setahun dilantik jadi ketua operasi untuk jaga gred produk dan menyelia pekerja), masa kat APPCO (ambil masa seminggu je dinaikkan sebagai Leader untuk management & team building), kat kerja sekarang (beside of cooking, NM selia other kitchen crew & stock)…

7 :: Lots more to come… nanti akan tambah lagi dari masa ke semasa. Sebab nak membangun dan membentuk jati diri ni bukan sesuatu yang perlu nak tergesa-gesa, kena buat secara berperingkat. Dan juga bukan sesuatu yang kena lengkapkan dalam tempoh tertentu je, tetapi sesuatu yang kena buat secara berterusan…

Secara kesimpulannya, NM untuk 2012 ni nak mengubah habit yang tak baik tu dan menggilap habit yang baik… Sebab kalau NM tak ubah benda dan perbaiki semua ni, sampai bila-bila pun NM akan terus berada di takuk yang sama…